ad
AGENDA

Aliran trafik terkawal, hanya beberapa laluan masuk Lembah Klang sesak

8 Mei 2022, 6:30 AM
Aliran trafik terkawal, hanya beberapa laluan masuk Lembah Klang sesak

KUALA LUMPUR, 8 MEI: Aliran trafik di lebuh raya utama dalam keadaan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di beberapa kawasan di utara, selatan dan timur menuju ke Lembah Klang setakat tengah hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagi laluan dari timur ke Lembah Klang, kesesakan sepanjang 21 kilometer berlaku dari Karak hingga Bukit Tinggi.

"Aliran trafik dari utara dan selatan ke Lembah Klang berada dalam keadaan terkawal dan kesesakan dilaporkan berlaku di kawasan 'hot spot' Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di Ipoh Selatan ke Simpang Pulai, kawasan mendaki di Gua Tempurung ke Tapah, Bidor ke Sungkai dan Sungai Buaya ke Rawang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kata jurucakap berkenaan, bagi laluan dari selatan, kesesakan berlaku di Simpang Ampat ke Pedas Linggi dan Kawasan Rehat dan Rawat Seremban ke Port Dickson.

Tol percuma Plus dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang bermula tengah malam semalam akan berakhir pada 11.59 malam ini.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.