ad
BERITA UTAMA

EXCO seru masyarakat rai perayaan bersama walaupun berbeza kaum, agama

8 Mei 2022, 4:30 AM
EXCO seru masyarakat rai perayaan bersama walaupun berbeza kaum, agama
EXCO seru masyarakat rai perayaan bersama walaupun berbeza kaum, agama

KUALA LANGAT, 8 MEI: Setiap masyarakat perlu meraikan perayaan antara satu sama lain meskipun berbeza kaum dan agama demi mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.

EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau berkata tindakan itu diyakini mampu mengharmonikan hubungan antara manusia terutama di Malaysia.

"Saya amat memuji kesungguhan Ahli Dewan Negeri Morib (Hasnul Baharuddin) menganjurkan sambutan Tahun Baharu India atau Chittirai Puthandu hari ini (semalam) yang amat sinonim bagi kaum India.

"Namun, beliau mengambil inisiatif untuk anjurkan juga meskipun berbeza agama. Tindakan ini harus dipuji dan dicontohi oleh semua pemimpin dan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Tahun Baharu India atau Chittirai Puthandu di Dataran Pantai Morib, di sini semalam.

[caption id="attachment_519978" align="alignnone" width="791"] Persembahan tarian kebudayaan India ketika Sambutan Tahun Baharu Tamil (Chittirai Puthandu) di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 7 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas mengenai sambutan itu, Ganabatirau berkata Tahun Baharu India merupakan bulan suci bagi kaum India yang disambut setiap tahun pada pertengahan April.

"Sambutan ini sering kali disambut setiap tahun dan ia merupakan antara bulan suci dalam kalendar India," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.