ad
ADN

500 pengunjung meriahkan Tahun Baharu India DUN Morib

8 Mei 2022, 2:30 AM
500 pengunjung meriahkan Tahun Baharu India DUN Morib
500 pengunjung meriahkan Tahun Baharu India DUN Morib
500 pengunjung meriahkan Tahun Baharu India DUN Morib
500 pengunjung meriahkan Tahun Baharu India DUN Morib

KUALA LANGAT, 8 MEI: Kira-kira 500 pengunjung memeriahkan sambutan Tahun Baharu India atau Chittirai Puthandu di Dataran Morib di sini semalam.

Wakil rakyatnya Hasnul Baharuddin berkata sambutan amat memberangsangkan kerana pengunjung yang hadir bukan sahaja kaum India sebaliknya pelbagai bangsa.

[caption id="attachment_519970" align="alignnone" width="1065"] ADN Morib, Hasnul Baharuddin berucap ketika Sambutan Tahun Baharu Tamil (Chittirai Puthandu) di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 7 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Sambutan ini pertama kali dianjurkan bertujuan mengeratkan integrasi antara kaum di samping meraikan tahun baharu masyarakat India di DUN Morib khususnya.

"Kita sering kali dengar sambutan Deepavali, Maal Hijrah tetapi belum pernah dengar wujudnya Chittirai Puthandu atau Tahun Baharu India," katanya.

[caption id="attachment_519971" align="alignright" width="279"] G Umananthini[/caption]

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau.

Sementara itu, pengunjung G Umananthini, 46, mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat itu yang sudi meraikan sambutan perayaan tersebut meskipun berbeza agama dan budaya.

[caption id="attachment_519972" align="alignleft" width="275"] P Niraimathy[/caption]

"Terima kasih Yang Berhormat (YB) Hasnul Baharuddin kerana anjurkan sambutan ini untuk kaum India. Harap ia diadakan setiap tahun dengan pelbagai aktiviti yang menarik," katanya.

Manakala, P Niraimathy, 35, menyifatkan Tahun Baharu India itu sering kali disambut pertengahan April dengan pelbagai perkara bermanfaat.

"Selalunya kita akan pergi kuil berdoa dan melakukan perkara baik atau boleh juga membeli aset kerana semua yang baik akan tiba pada tahun baharu," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.