ad
AGENSI

Team Selangor edar lemang, rendang meriahkan suasana hari raya

5 Mei 2022, 1:33 PM
Team Selangor edar lemang, rendang meriahkan suasana hari raya
Team Selangor edar lemang, rendang meriahkan suasana hari raya
Team Selangor edar lemang, rendang meriahkan suasana hari raya

SHAH ALAM, 5 MEI: Team Selangor mengedarkan 100 batang lemang kepada penduduk sekitar Sungai Tua dan Batu 12 Gombak baru-baru ini.

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata program dengan kerjasama Penggerak Belia Selangor (PeBS) itu dilaksana sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Selain lemang kita turut mengedarkan 400 pek rendang kepada penduduk kurang berkemampuan (B40) untuk bersama merasai nikmati sambutan perayaan.

[caption id="attachment_519794" align="aligncenter" width="500"] Team Selangor membakar lemang untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Sungai Tua dan Batu 12 Gombak. Foto Facebook Selangor Lestari by Team Selangor[/caption]

"Insya-Allah inisiatif ini akan diteruskan lagi di kawasan lain pada masa akan datang," katanya kepada SelangorKini.

Menurut Syahaizel turut diedarkan 1,050 pek bubur lambuk secara percuma kepada penduduk sekitar.

"Bubur lambuk itu dimasak dan dibungkus sendiri oleh sukarelawan Team Selangor kemudian diedarkan kepada masyarakat," katanya.

[caption id="attachment_519793" align="aligncenter" width="500"] Team Selangor mengedarkan rendang kepada penduduk sekitar Sungai Tua dan Batu 12 Gombak baru-baru ini. Foto : Facebook Selangor Lestari by Team Selangor[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.