ad
AGENDA

Arab Saudi: Musim umrah jemaah luar negara tamat 30 Syawal

5 Mei 2022, 10:20 AM
Arab Saudi: Musim umrah jemaah luar negara tamat 30 Syawal

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan musim umrah 1443 H bagi jemaah luar negara akan tamat pada 30 Syawal ini.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam kenyataan Selasa lalu berkata, jemaah luar negara boleh memohon untuk mendapatkan visa umrah individu melalui platform yang disediakan Arab Saudi.

Menurut kenyataan itu, pihak kementerian akan mengumumkan tarikh permohonan haji 1443 H dan prosedur berkaitan melalui saluran rasmi kementerian tidak lama lagi.

Kenyataan itu turut menambah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengeluarkan 6,694,998 permit umrah dan 262,781 permit solat di Raudhah al-Sharifah sepanjang Ramadan yang lalu.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.