ad
AGENDA

MB pelawa wanita sertai kursus UPPS untuk tingkat pendapatan

5 Mei 2022, 6:59 AM
MB pelawa wanita sertai kursus UPPS untuk tingkat pendapatan

SHAH ALAM, 5 MEI: Dato’ Menteri Besar mempelawa wanita yang mahu meningkatkan pendapat menyertai kursus institusi pengajian tinggi (IPT).

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan kursus melalui insiatif Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) meliputi bidang perbidanan, kecantikan, pengurusan dan penjagaan warga emas.

“Ibu tunggal serta wanita yang ingin meningkatkan pendapatan dipelawa menyertai kursus institusi melalui inisiatif UPPS meliputi bidang perbidanan, kecantikan, pengurusan dan penjagaan warga emas,” katanya menerusi Facebook.

Pada April, EXCO Pemberdayaan Pekerja V Ganabatirau memaklumkan UPPS membabitkan kerjasama dengan Vandy Confinement Sdn Bhd, B Beaute Elegant Sdn Bhd, Senior Care Academy Sdn Bhd dan Akademi J&W Sdn Bhd.

Yuran pengajian semua kursus berkenaan berjumlah RM24,000 dengan 100 peratus dibiayai penaja, manakala yuran pendaftaran antara RM2,500 hingga RM3,500 bergantung kursus.

Peserta perlu mengikuti kelas secara hibrid selama dua tahun setengah sebelum dianugerahkan sijil berkaitan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.