ad
AGENDA

Senandung Aidilfitri sarat hiburan dan informasi, disiar 2 Syawal

2 Mei 2022, 5:00 AM
Senandung Aidilfitri sarat hiburan dan informasi, disiar 2 Syawal

SHAH ALAM, 2 MEI: Rancangan Senandung Aidilfitri yang bakal disiarkan pada hari kedua Syawal sarat hiburan dan maklumat program serta bantuan disediakan Kerajaan Negeri.

Disiar di portal selangortv.my dan Facebook Media Selangor jam 9 malam, program itu menampilkan gabungan artis lama dan baharu yang membuat persembahan nyayian dan sketsa.

Menurut EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah, rancangan itu menonjolkan sisi cakna dan prihatin Selangor terhadap nasib menimpa rakyat akibat pandemik dan bencana banjir.

“Dalam rancangan itu nanti turut diselitkan sketsa berhubung program Kerajaan Negeri kerana mungkin ada segelintir penduduk Selangor belum tahu apa yang ditawarkan.

“Selain itu, kita juga mengajak rakyat untuk bangkit bersama selepas melalui pelbagai musibah akibat pandemik dan banjir,” katanya kepada Selangorkini.

Antara artis yang terlibat ialah Ziana Zain, Sissy Imann, Elyana Emrizal, Haziq Rosebi, Roy Alwi, Raja Azura, Bell Ngasri dan Azlee Senario.

Senandung Aidilfitri pertama kali disiarkan tahun lalu ketika larangan balik kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.