ad
AGENDA

Selangor tetapkan cuti Hari Pekerja dianjak ke Rabu

2 Mei 2022, 3:20 AM
Selangor tetapkan cuti Hari Pekerja dianjak ke Rabu

SHAH ALAM, 2 MEI: Kerajaan Selangor bersetuju cuti Hari Pekerja dibawa ke Rabu, 4 Mei selaras pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri yang jatuh pada Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan keputusan mengikut peruntukan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.

"Selaras dengan kenyataan tersebut serta peruntukan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] dan setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Dato’ Menteri Besar Selangor telah bersetuju bahawa Cuti Hari Pekerja di Selangor akan dibawa kepada hari Rabu, 4 Mei 2022.

"Perubahan cuti hari kelepasan am ini turut dipanjangkan untuk diterima pakai kepada pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri," kata Dato' Haris Kasim dalam kenyataan.

Pentadbiran Kerajaan Negeri turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berhubung perubahan hari kelepasan am tersebut.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.