ad
BERITA UTAMA

MB: Selangor terus upayakan pekerja untuk capai kemahiran tinggi

1 Mei 2022, 8:35 AM
MB: Selangor terus upayakan pekerja untuk capai kemahiran tinggi
MB: Selangor terus upayakan pekerja untuk capai kemahiran tinggi

SHAH ALAM, 1 MEI: Selangor berterusan mengupayakan golongan pekerja agar berkemahiran tinggi sesuai dengan keperluan industri serta meningkatkan pendapatan mereka.

Dato' Menteri Besar berkata dianggar 3.6 juta pekerja menjadi tulang belakang yang membina landasan kemajuan negeri dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, kesihatan dan sebagainya.

"Kemakmuran ekonomi yang dikecapi rakyat adalah hasil titik peluh serta tenaga juang oleh golongan pekerja.

"Alhamdulillah, Selangor berterusan mengupayakan golongan pekerja agar berkemahiran tinggi sesuai dengan keperluan industri serta meningkatkan pendapatan mereka.

"Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) antara institusi yang aktif menajamkan kemahiran pekerja untuk kemajuan," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

Beliau berkata pembinaan Kompleks Perumahan Pekerja Selangor juga akan memartabatkan hak asasi pekerja industri melalui penyediaan kemudahan kediaman untuk para pekerja.

"Manfaatnya dirasai menerusi pengukuhan sektor ekonomi baharu yang dijangka rancak ketika fasa endemik.

"Inisiatif lain seperti pakej rangsangan ekonomi ketika pandemik Covid-19, program Preventing Outbreak at Ignition Site (POIS), program Bakul Rakyat adalah polisi Kerajaan Negeri yang mengutamakan para pekerja," katanya.

Amirudin menambah Selangor turut mencatat sejarah sebagai Kerajaan Negeri pertama yang menubuhkan Institut Pemberdayaan Pekerja pada 2019.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.