ad
AGENSI

Worldwide Holdings sumbang empat ekor lembu, agih daging kepada asnaf

30 Apr 2022, 1:01 AM
Worldwide Holdings sumbang empat ekor lembu, agih daging kepada asnaf

GOMBAK, 30 APRIL : Anak syarikat Kerajaan Negeri Worldwide Holdings menyumbangkan empat ekor lembu kepada Parlimen Gombak sempena perayaan Aidilfitri.

Setiusaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar Rahim Ahmad Kasdi berkata daging itu diedarkan kepada lebih 300 asnaf, fakir dan miskin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, DUN Hulu Kelang serta DUN Gombak Setia.

"Terima kasih kepada pihak Worldwide Holdings berikan sumbangan ini kepada golongan kurang berkemampuan di Parlimen Gombak.

"Kita harap agihan daging lembu ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan mereka untuk membeli bahan masakan raya," katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Tua di sini, semalam.

Rahim yang juga penyelaras DUN Gombak Setia berkata pelbagai bantuan Ramadan selesai diagih kepada penduduk sekitar Gombak hasil sumbangan anak syarikat Kerajaan Negeri.

"Insya-Allah bantuan ini berterusan dari semasa ke semasa demi menyantuni golongan yang kurang mampu," katanya

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.