ad
AGENDA

Sempena Aidilfitri, 140 orang susah di DUN Sungai Tua terima bantuan RM500

29 Apr 2022, 11:52 PM
Sempena Aidilfitri, 140 orang susah di DUN Sungai Tua terima bantuan RM500
Sempena Aidilfitri, 140 orang susah di DUN Sungai Tua terima bantuan RM500
Sempena Aidilfitri, 140 orang susah di DUN Sungai Tua terima bantuan RM500

GOMBAK, 30 APRIL : Seramai 140 golongan asnaf, fakir dan miskin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua menerima bantuan tunai RM500 sempena perayaan Aidilfitri.

Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar A Rahim Kasdi berkata sumbangan daripada Worldwide Holdings memperuntuk sebanyak RM70,000 secara keseluruhan.

"Terima kasih kepada Worldwide Holdings kerana tidak putus-putus memberi sumbangan. Bantuan ini diberi khusus kepada penduduk DUN Sungai Tua yang kurang berkemampuan.

"Kita harap ia sedikit sebanyak meringankan beban penerima dan memudahkan mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Tua di sini hari ini.

[caption id="attachment_519166" align="alignright" width="224"] Rafaiee Razali[/caption]

Salah seorang penerima Rafaiee Razali, 50, bersyukur dan menggunakan sumbangan itu untuk membeli persiapan raya anak-anak.

"Alhamdulillah syukur sangat dapat RM500, tidak sangka dipilih sebagai salah seorang penerima walaupun pada mulanya agak terkejut dapat mesej suruh hadir terima bantuan.

"Insya-Allah bantuan ini saya bercadang untuk beli persiapan kelengkapan raya anak-anak," kata peniaga pasar malam itu.

[caption id="attachment_519167" align="alignleft" width="224"] Idrus Mohd Yusof[/caption]

Manakala, seorang warga emas Idrus Mohd Yusof, 68, berkata beliau bercadang mahu memanfaatkan bantuan itu untuk membeli barangan keperluan harian.

"Saya tidak bercadang untuk beli persiapan raya kerana sudah tua, umur seperti saya hanya sambut Aidilfitri secara sederhana, pakai baju sedia ada sahaja.

"Mungkin wang ini boleh simpan untuk kecemasan atau untuk membeli keperluan asas. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan ini," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.