AGENDA

e-Denda diperluas ke mahkamah rendah seluruh Semenanjung mulai Mei

29 Apr 2022, 7:31 AM
e-Denda diperluas ke mahkamah rendah seluruh Semenanjung mulai Mei

SHAH ALAM, 29 APRIL: Modul Pembayaran Denda Dalam Talian (e-Denda) diperluas ke semua mahkamah rendah seluruh Semenanjung secara berperingkat mulai 12 Mei.

Menurut pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, modul itu akan bermula di mahkamah rendah di Pahang, Terengganu dan Kelantan, lapor Berita Harian.

Manakala mahkamah rendah di Selangor, Perak, Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 13 Mei, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (25 Mei) sementara Pulau Pinang, Kedah dan Perlis bermula 26 Mei.

"Melalui pelaksanaan modul ini, tiada lagi keperluan bagi orang awam ke kaunter bayaran mahkamah, sekali gus mempercepatkan proses bayaran denda dan pembebasan tertuduh," katanya.

Jelasnya, proses bayaran denda boleh dibuat melalui portal sistem e-Kehakiman di pautan https://ecourt.kehakiman.gov.my.

Agensi kerajaan, peguam atau orang awam yang berhasrat memahami tatacara penggunaan modul e-Denda boleh layari portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia atau e-mel ecourts.helpdesk@omesti.com atau hubungi 03-27331313.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.