ad
AGENDA

93 peratus remaja lengkap vaksin, kanak-kanak 22.7 peratus

29 Apr 2022, 2:00 AM
93 peratus remaja lengkap vaksin, kanak-kanak 22.7 peratus

KUALA LUMPUR, 29 APRIL: Sebanyak 806,532 atau 22.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,518,923 atau 42.8 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,892,051 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,990,315 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,029,483 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,966,486 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,789 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 32,106 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 7,973 dos pertama, 19,923 dos kedua dan 4,210 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,233,232.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 10 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan masing-masing dua kes di Selangor, Terengganu dan Pulau Pinang, manakala masing-masing satu kes di Putrajaya, Melaka, Kedah dan Johor.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.