ad
AGENDA

Maria Chin dipenjara: Ramai ahli Parlimen terkejut, 76 nyata sokongan penuh

28 Apr 2022, 9:31 AM
Maria Chin dipenjara: Ramai ahli Parlimen terkejut, 76 nyata sokongan penuh

SHAH ALAM, 28 MAC: Seramai 76 ahli Parlimen akan terus menyokong Maria Chin untuk melaksanakan hak kebebasan bersuara serta membangkitkan perkara yang mempunyai kepentingan awam.

Menerusi kenyataan bersama, mereka turut terkejut dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap ahli Parlimen Petaling Jaya tersebut.

"Kami amat prihatin dengan hukuman penjara tujuh hari yang dijatuhkan terhadap Maria Chin pada Isnin lalu oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur Tuan Mohamed Fouzi Mokhtar.

"Hukuman itu menimbulkan persoalan serius berhubung ketidakwajaran tatacara kerana hukuman penjara tanpa kehadiran beliau adalah salah dan bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada," kata kenyataan itu.

Semua ahli Parlimen itu berpendapat penghakiman terhadap kes tersebut boleh diulas oleh sesiapa sahaja mengikut hak kebebasan bersuara.

"Lebih-lebih lagi seorang seperti Maria yang mempunyai amanah untuk menjalankan tugas awam sebagai ahli Parlimen. Komennya tidak mencarut atau berniat jahat.

"Ia jelas dilakukan dengan niat baik dan berpandangan bahawa sistem perundangan syariah serta badan-badan lain akan mencari penyelesaian," katanya.

Pada 25 April Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur  menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari selepas didapati bersalah atas tuduhan menghina keputusan mahkamah berhubung hukuman penjara terhadap bekas isteri seorang ahli perniagaan.

Hakim Syarie memutuskan hukuman itu selepas mendapati terdapat unsur menghina, merendah, memperlekehkan serta memfitnah mahkamah dalam artikel diterbitkan Maria pada 5 September 2019, membabitkan Pengarah Kumpulan Naza Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dan Emilia Hanafi.

Kenyataan tersebut ditandatangani 76 ahli Parlimen iaitu:

1. Wan Azizah Wan Ismail, Pandan

2. Mohamad Sabu, Kota Raja

3. Darell Leiking, Penampang

4. Saifuddin Nasution, Kulim Bandar Baharu

5. Nurul Izzah, Permatang Pauh

6. Syed Saddiq, Muar

7. Salahuddin Ayub, Pulai

8. Mukhriz Mahathir, Jerlun

9. Amiruddin Hamzah, Kubang Pasu

10. Anthony Loke, Seremban

11. Lim Guan Eng, Bagan

12. Sivarasa Rasiah, Sungai Buloh

13. Lim Kit Siang, Iskandar Puteri

14. Syed Ibrahim Syed Noh, Ledang

15. Noor Amin Ahmad, Kangar

16. Wong Chen, Subang

17. Chan Ming Kai, Alor Setar

18. Natrah Ismail, Sekijang

19. Hassan Abdul Karim, Pasir Gudang

20. Fuziah Salleh, Kuantan

21. Abdullah Sani, Kapar

22. Maszlee Malik, Simpang Renggam

23. S. Kesavan, Sungai Siput

24. Chang Lih Kang, Tanjung Malim

25. Bakthiar bin Wan Chik, Balik Pulau

26. Azman Ismail, Kuala Kedah

27. Sim Tze Tsin, Bayan Baru

28. Karuppaiya Mutusam, Padang Serai

29. Fahmi Fadzil, Lembah Pantai

30. Nik Nazmi, Setiawang

31. Akmal Nasir, Johor Bahru

32. Charles Santiago, Klang

33. Wong Hon Wai, Bukit Bendera

34. Kasthuri Patto, Batu Kawan

35. Pang Hok Liong, Labis

36. Mohd Hatta Md Ramli, Lumut

37. Thomas Su, Kampar

38. Ong Kian Ming, Bangi

39. Teo Nie Ching, Kulai

40. Kelvin Yii, Bandar Kuching

41. Alice Lau, Lanang

42. Wong Kah Woh, Ipoh Timor

43. Hannah Yeoh, Segambut

44. Chan Foong Hin, Kota Kinabalu

45. Wong Ling Biu, Sarikei

46. Lim Lip Eng, Kepong

47. Wilfred Madius Tangau, Tuaran

48. M.Kula Segaran, Ipoh Barat

49. Teh Kok Lim, Taiping

50. Teresa Kok, Seputeh

51. Oscar Ling, Sibu

52. Tan Kok Wai, Cheras

53. Khalid Abdul Samad, Shah Alam.

54. Tony Pua, Damansara

55. Sin Chee Keong, Bukit Mertajam

56. Mujahid Yusof Rawa, Parit Buntar

57. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Hulu Langat

58. Mahfuz Haji Omar, Pokok Sena

59. Mohamed Hanipa Maidin, Sepang

60. Hasan Bahrom, Tampin

61. Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Temerloh

62. Prabakaran, Batu

63. Chong Chieng Jen, Stampin

64. Isnaraissah Munirah Majilis, Kota Belud

65. Mohd Azis Bin Hj Jamman, Sepanggar

66. Rusnah Aluai, Tangga Batu

67. June Leow, Hulu Selangor

68. Nor Azrina Surip, Merbok

69. William Leong, Selayang

70. Nga Kor Ming, Teluk Intan

71. Tan Yee Kew, Wangsa Maju

72. Ngeh Koo Ham, Beruas

73. Cha Kee Chin, Rasah

74. Ma'mun bin Sulaiman, Kalabakan

75. Shamsul Iskandar, Hang Tuah Jaya

76. Gobind Singh Deo, Puchong

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.