ad
AGENDA

Jangkitan harian kekal paras 3,000 kes, kategori serius 27 kes

28 Apr 2022, 2:48 AM
Jangkitan harian kekal paras 3,000 kes, kategori serius 27 kes

SHAH ALAM, 28 APRIL: Jumlah jangkitan harian Covid-19 meningkat sedikit kepada 3,471 kes semalam berbanding 3,361 kes hari sebelumnya, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes serius kategori tiga, empat dan lima kekal rendah iaitu hanya 27 kes atau 0.78 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) 3,444 kes atau 99.22 peratus.

"Daripada 27 kes dalam kalangan kategori tiga hingga lima, 13 kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak, sembilan kes telah menerima dos penggalak manakala lima kes tidak divaksin atau belum lengkap vaksin.

"Pertambahan kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 4,440,383 kes dengan 58,436 kes masih aktif," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 6,900 kes kes sembuh dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 4,346,421 kes.

Selain itu, dua kluster baharu dikesan semalam menjadikan 91 kluster aktif direkodkan di negara ini.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori yang dicatatkan semalam:

• Kategori 1: 1,118 kes (32.21 peratus)

• Kategori 2: 2,326 kes (67.01 peratus)

• Kategori 3: 11 kes (0.32 peratus)

• Kategori 4: 8 kes (0.23 peratus)

• Kategori 5: 8 kes (0.23 peratus)

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.