ad
ADN

ADN Bukit Melawati peruntuk RM150,000 anjur program Ramadan

27 Apr 2022, 11:55 PM
ADN Bukit Melawati peruntuk RM150,000 anjur program Ramadan
ADN Bukit Melawati peruntuk RM150,000 anjur program Ramadan

KUALA SELANGOR, 28 APRIL: Sejumlah RM150,000 diperuntuk untuk penganjuran pelbagai program sepanjang Ramadan tahun ini, kata wakil rakyat Bukit Melawati.

Juwairiya Zulkifli berkata antara program yang dilaksanakan ialah ihya Ramadan, edaran bubur lambuk dan kurma serta pemberian al-Quran kepada jemaah masjid.

“Tahun ini program yang dianjurkan ada kelainan sedikit. Program dilaksanakan memfokuskan lebih kepada mengejar kebaikan di bulan Ramadan.

“Contohnya, sebanyak 2,000 naskah al-Quran diedarkan kepada lapan masjid setiap Jumaat. Selain itu, sebanyak 3,000 bubur lambuk dan kurma diedarkan kepada penduduk,” katanya.

Juwairiya berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Hotel De Palma Kuala Selangor, di sini malam tadi.

Tambahnya, walaupun jumlah diperuntukkan agak besar tetapi dapat beri manfaat selain dapat perbanyakamalan dan sedekah.

[caption id="attachment_518853" align="aligncenter" width="500"] ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli (tengah) beramah mesra dengan tetamu ketika Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Hotel De Palma Kuala Selangor pada 27 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.