ad
AGENDA

Bekas atlet negeri hargai sumbangan Aidilfitri, dapat ringan beban

27 Apr 2022, 12:41 PM
Bekas atlet negeri hargai sumbangan Aidilfitri, dapat ringan beban

KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Bekas pemain bola sepak Selangor bersyukur apabila menerima sumbangan Kerajaan Negeri sempena sambutan Aidilfitri.

Abdul Malek Abdul Rahman berkata beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas bantuan wang tunai yang diberikan kepada bekas atlet.

“Saya berasa bertuah kerana bantuan diberikan dapat meringankan beban terutama bekas atlet yang kurang upaya,” katanya kepada SelangorKini.

Bekas atlet silat, Rozita Latip berkata sumbangan berkenaan amat bermakna kerana merasakan mereka dihargai.

“Selain bantuan ini, harap lebih banyak dana diperuntukkan kerana ramai bekas atlet perlukan bantuan dan sediakan peluang pekerjaan supaya atlet dapat menjana pendapatan sendiri,” katanya.

Terdahulu, seramai 200 bekas atlet yang pernah mencipta nama dalam sukan serta menyumbang kejayaan kepada Selangor menerima bantuan wang tunai RM200 yang disampaikan EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman.

Inisiatif tersebut antara pendekatan untuk menghargai jasa atlet yang banyak membantu ke arah kemajuan sukan negeri serta negara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.