ad
AGENSI

Team Selangor agih 600 pek bubur lambuk kepada penduduk Dusun Tua

27 Apr 2022, 9:25 AM
Team Selangor agih 600 pek bubur lambuk kepada penduduk Dusun Tua

SHAH ALAM, 27 APRIL: Sebanyak 600 pek bubur lambuk diagih kepada penduduk sekitar Batu 14 Dusun Tua, Hulu Langat hari ini.

Selangor Lestari by Team Selangor berkata program memasak bubur berkenaan berlangsung dengan kerjasama Biro Muslimat Madrasah Ihsaniah.

"Sebanyak 600 pek bubur lambuk berjaya dibungkus dan diedarkan kepada penduduk setempat.

"Team Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada Biro Muslimat Madrasah Ihsaniah dan semua sukarelawan yang bertungkus-lumus dan bekerjasama dalam menjayakan program ini," tulisnya di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.