ad
AGENDA

Pakai pelitup muka kekal wajib, tidak perlu imbas MySejahtera mulai 1 Mei

27 Apr 2022, 8:37 AM
Pakai pelitup muka kekal wajib, tidak perlu imbas MySejahtera mulai 1 Mei

SHAH ALAM, 27 APRIL: Pemakaian pelitup muka diwajibkan apabila berada di dalam bangunan termasuk pusat membeli-belah dan pengangkutan awam serta e-panggilan, umum menteri kesihatan.

Bagaimanapun, Khairy Jamaluddin berkata pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah pilihan individu tetapi amat digalakkan bagi mengurangkan penularan jangkitan.

“Pemakaian pelitup muka terutama di dalam bangunan dan pengangkutan awam masih lagi penting untuk melindungi diri serta orang sekeliling, terutama mereka yang berisiko tinggi,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, katanya, imbasan kod MySejahtera tidak lagi diwajibkan ketika memasuki premis berkuat kuasa 1 Mei, namun menyeru orang ramai mengaktifkan fungsi MySJ Trace bagi pengesanan kontak.

Namun, jelas Khairy, individu dengan status berisiko tinggi iaitu kes positif atau diberi arahan perintah pengawasan dan pemantauan di rumah (HSO) kekal dilarang memasuki premis.

“Pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu yang akan memasuki premisnya dalam aplikasi itu,” katanya lagi.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.