ad
AGENDA

Lebih 20 peratus kanak-kanak negara lengkap vaksin Covid-19

26 Apr 2022, 1:11 AM
Lebih 20 peratus kanak-kanak negara lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Sebanyak 736,114 atau 20.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,497,935 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,888,431 individu atau 92.8 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,987,570 atau 96 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,014,864 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,964,800 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,241,481 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 38,691 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 7,678 dos pertama, 26,489 dos kedua dan 4,524 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,118,091.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lapan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu lima kes, diikuti Kedah dengan dua kes dan satu kes di Melaka.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.