ad
AGENDA

KKM dijangka umum kelonggaran SOP Covid-19 Rabu ini

24 Apr 2022, 3:36 PM
KKM dijangka umum kelonggaran SOP Covid-19 Rabu ini

PORT DICKSON, 24 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan kelonggaran beberapa tatacara operasi piawai (SOP) Covid-19 pada Rabu ini, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perancangan KKM itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan," katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Khairy melawat lima beradik Muhammad Haidir Rodzi, 24; Muhammad Hairie, 21; Nurhairieka, 19; Muhammad Haiqiel, 14 dan Muhammad Khierzamani, 8, di Bandar Sunggala di sini yang kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka Rodzi Tahar dan Nazita Idris akibat Covid-19 pada pertengahan tahun lepas.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri berkata terdapat tiga kelonggaran SOP akan diumum dalam masa terdekat berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian pengesanan Covid-19 di lapangan terbang.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.