ad
AGENDA

Permohonan Bantuan Khas Anis, Didik Anis tahun ini dibuka mulai 17 Mei

24 Apr 2022, 12:09 AM
Permohonan Bantuan Khas Anis, Didik Anis tahun ini dibuka mulai 17 Mei
Permohonan Bantuan Khas Anis, Didik Anis tahun ini dibuka mulai 17 Mei

SHAH ALAM, 24 APRIL: Permohonan program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) dan Didik Anis bagi tahun 2022 dibuka mulai 17 Mei ini.

Menurut maklumat yang dikongsi di Facebook, pendaftaran permohonan boleh dilakukan secara dalam talian di www.anisselangor.com dan ia dibuka sehingga 31 Mei 2022.

Semakan di laman sesawang itu menyatakan antara syarat permohonan bagi Didik Anis adalah ia terbuka kepada semua institusi pendidikan anak istimewa dan program pemulihan dalam komuniti (PDK).

Selain itu, pemohon perlu berdaftar dan menjalankan program intervensi awal (EIP) untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.

Sementara bagi program Bantuan Anis maklumat lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat.

Pada 21 April lalu, EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan tahun lalu seramai 692 anak istimewa menerima bantuan Kerajaan Negeri menerusi peruntukan RM1.3 juta.

Katanya, tahun ini Kerajaan Negeri akan meneruskan program Bantuan Khas Anis dan Didik Anis dengan peruntukan RM1.5 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.