ad
AGENDA

Pengeluaran khas KWSP: Permohonan dari 28 April dibayar bermula 5 Mei

23 Apr 2022, 12:36 PM
Pengeluaran khas KWSP: Permohonan dari 28 April dibayar bermula 5 Mei
Pengeluaran khas KWSP: Permohonan dari 28 April dibayar bermula 5 Mei

SHAH ALAM, 23 APRIL: Pembayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) yang dipohon dari 28 April hingga 30 April ini akan dikredit bermula pada 5 Mei depan.

Perkara itu dimaklum KWSP menerusi Twitter petang tadi.

Permohonan dan semakan status boleh dibuat melalui portal Pengeluaran Khas di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my ," katanya.

Sebelum ini, menteri kewangan berkata pengeluaran khas itu dikreditkan secara berperingkat dan dijangka selesai sebelum Aidilfitri.

Menurut Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, agihan sukar dibuat dalam tempoh singkat berikutan permohonan tinggi membabitkan 5.3 juta individu dengan pengeluaran RM40.1 billion.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.