ad
AGENDA

TH: Kadar bayaran haji untuk B40 naik RM1,000

22 Apr 2022, 8:05 AM
TH: Kadar bayaran haji untuk B40 naik RM1,000

SHAH ALAM, 22 APRIL: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kenaikan kadar bayaran sebanyak RM1,000 dan RM3,000 bagi pakej muassasah musim haji tahun ini mengikut kategori B40 dan bukan B40.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata golongan B40 akan dikenakan bayaran 10,980 seorang manakala bagi golongan bukan B40 sebanyak 12,980 seorang.

"Buat kali pertama tahun ini Tabung Haji memperkenalkan bantuan bersasar bagi pakej muassasah mengikut kategori golongan B40 dan bukan B40.

"Berdasarkan kuota haji yang diumumkan baru-baru ini, Tabung Haji dijangka membelanjakan lebih RM150 juta dan ia akan disalurkan terus kepada jemaah haji," katanya pada sidang media khas hari ini.

Amrin berkata ia tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan kadar Cukai Nilai Tambah (VAT), caj visa haji dan skim perlindungan insurans Covid-19 yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan jemaah haji yag terpilih untuk menunaikan haji supaya membuat pemeriksaan kesihatan dan menjawab surat tawaran dengan segera.

"Surat tawaran kepada jemaah haji yang terpilih akan dikeluarkan mulai Isnin ini dan penerbangan pertama dijangka dalam tempoh 38 hari lagi," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.