ad
AGENDA

90 peniaga sertai jualan but kereta di pekarangan Pustaka Raja Tun Uda

21 Apr 2022, 12:40 PM
90 peniaga sertai jualan but kereta di pekarangan Pustaka Raja Tun Uda
90 peniaga sertai jualan but kereta di pekarangan Pustaka Raja Tun Uda

SHAH ALAM, 21 APRIL:  Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menjemput orang ramai hadir jualan but kereta (car boot sale) bagi membantu peniaga kecil di pekarangan parkir Pustaka Raja Tun Uda di sini.

Pengarahnya Datin Paduka Mastura Muhammad berkata seramai 90 peniaga terbabit dalam program yang berlangsung hari ini hingga Ahad, mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Kami mengharapkan bantuan rakyat Selangor khususnya di Shah Alam untuk datang memberi sokongan dengan membeli barangan yang dijual,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jom Baca Bersama 10 minit yang dirasmikan Timbalan Pengerusi PPAS, Dr Maszlee Malik di pekarangan parkir Pustaka Raja Tun Uda.

Sebelum ini PPAS menjemput peniaga yang berminat untuk menghubungi pihaknya bagi program jualan selama empat hari itu.

PPAS memaklumkan ini adalah kali pertama program seperti itu dianjurkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua, dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.