ad
BERITA UTAMA

Selangor jamin bekalan asas, mentah cukup menjelang Aidilfitri

19 Apr 2022, 1:53 AM
Selangor jamin bekalan asas, mentah cukup menjelang Aidilfitri

SHAH ALAM, 19 APRIL: Kerajaan Selangor memberi jaminan bekalan asas dan mentah di negeri ini mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Berikutan itu, EXCO Hal Ehwal Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik atau melebihi keperluan.

"Insya-Allah bekalan mencukupi sehingga Aidilfitri dan tiada aduan daripada pengguna serta peniaga setakat ini," katanya selepas meninjau bazar Ramadan di Stadium Shah Alam sempena Op Pantau semalam.

Operasi dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor turut disertai pengarahnya Muhamad Zikril Azan.

Sebelum ini, KPDNHEP memberi jaminan bekalan bahan mentah khususnya beras, gandum minyak dan telur ayam mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri Mei ini.

Agensi itu juga yakin bekalan ayam segar mencukupi selepas musim perayaan hasil perbincangan dengan beberapa pengeluar ayam terbesar dalam negara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.