ad
AGENDA

KPDNHEP pantau harga juadah di bazar Ramadan

18 Apr 2022, 2:33 PM
KPDNHEP pantau harga juadah di bazar Ramadan

SHAH ALAM, 18 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memantau harga juadah dan barangan di bazar Ramadan.

EXCO hal ehwal pengguna berkata setakat ini tiada aduan diterima berhubung harga juadah dijual di bazar.

“Tinjauan mendapati harga yang ditawarkan berpatutan dengan kualiti dan citarasa. Contohnya menu Lamb Shank dijual Chef Ammar, walaupun harga diletak antara RM25 hingga RM50, orang tetap beli sebab kualiti dan kepakaran.

“Namun, pengguna masih lagi boleh membeli di tempat lain dengan harga lebih murah. Setakat ini, kita berpuas hati dan tiada aduan diterima kerana kebanyakannya bukan harga kawalan,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni kepada Selangorkini.

Mohd Zawawi ditemui selepas menyertai Ops Pantau di bazar Ramadan Stadium Shah Alam oleh KPDNHEP Selangor hari ini. Turut hadir, Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah.

Mengulas lanjut, Mohd Zawawi menjelaskan, hasil tinjauan di bazar Ramadan Stadium Shah Alam mendapati semua peniaga meletakkan tanda harga barangan yang dijual.

“Malah, kita juga ada bertanyakan sumber dan harga bekalan ayam daripada peniaga dan mendapati mereka mengikut harga seperti disyorkan kerajaan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.