Julung kali dianjur dengan kerjasama syarikat negeri Halal International Selangor (HIS), Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) menampilkan tiga komponen iaitu forum, ekspo dan padanan perniagaan.
Seratus pempamer daripada 40 syarikat menyertai persidangan tersebut menerusi enam kumpulan produk iaitu makanan, farmasi, kecantikan, pelancongan, fesyen dan bahan halal.
Penganjuran program itu berjaya mencatatkan transaksi perniagaan sebanyak RM37.73 juta, hampir dua kali ganda sasaran awal RM20 juta.
Jurufoto Ahmad Zakki Jilan dan Fikri Yusof merakam kemeriahan pameran Selhac di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 4 hingga 6 Mac lepas.
[caption id="attachment_517258" align="alignnone" width="830"] Demonstrasi jurusolek Earthnicity Cosmetics Malaysia. Produk alat solek jenama itu mengandungi unsur mineral semula jadi[/caption]
[caption id="attachment_517259" align="alignnone" width="829"] Orang ramai mengunjungi gerai daging Zaiyadal Meat Master, sebuah syarikat berpengalaman lebih lima tahun[/caption]
[caption id="attachment_517260" align="alignnone" width="834"] EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni melawat gerai pameran Ikhwan Mart. Mempunyai lebih 28 buah cawangan, ia juga berada di Indonesia, Thailand dan United Kingdom[/caption]
[caption id="attachment_517261" align="alignnone" width="788"] Pekerja Mahsuri Food menunjukkan pelbagai perisa kicap keluaran syarikat itu. Jenama ini muncul sejak 1990-an[/caption]
[caption id="attachment_517262" align="alignnone" width="851"] Ketua Pegawai Eksekutif Ensu Lifesciences Sdn Bhd Nur Firzana Suhana @ Husin (kiri) dan adiknya Pengurus Perolehan Nur Faizureen bergambar bersama kakitangan. Produk mereka antaranya set jagaan tubuh, minyak wangi dan aroma terapi[/caption]
[caption id="attachment_517263" align="alignnone" width="860"] Azlina Saad (kiri), pemilik Inai Cubits, mencorak inai kepada pengunjung. Inai yang digunakannya cepat kering dan menjimatkan masa pelanggan[/caption]
[caption id="attachment_517264" align="alignnone" width="889"] Pengasas Bell Popcorn Firzah Puasa (kanan) percaya Selhac mampu menjadi landasan terbaik memperkenalkan produknya lebih luas ke seluruh negara[/caption]
[caption id="attachment_517266" align="alignnone" width="829"] Dipasarkan sejak 2016, minyak sawit merah jenama Harvist berperisa cili, bawang putih dan bijan turut dipamerkan. Pengeluarnya Profes Lipid Sdn Bhd berharap Selhac bantu melonjakkan perniagaan selepas Covid-19[/caption]
[caption id="attachment_517267" align="alignnone" width="872"] Raihanah Azlan, 28, menunjukkan aiskrim berperisa durian Musang King dengan jenama Ikhwan antara keluaran terbaharu GISB Holdings[/caption]
[caption id="attachment_517268" align="alignnone" width="856"] Mohd Farid Abdul Ghani (tengah) mempromosi kerepek lobak merah kepada pelanggan. Berjenama Cravia,
keluaran itu snek pertama menggunakan sayur berkenaan di negara ini[/caption]