ad
AGENDA

Covid-19: Jangkitan harian 9,673 kes, kategori serius 48 kes

16 Apr 2022, 4:02 AM
Covid-19: Jangkitan harian 9,673 kes, kategori serius 48 kes

SHAH ALAM, 16 APRIL: Jumlah jangkitan harian Covid-19 menurun kepada 9,673 kes semalam berbanding 10,413 kes hari sebelumnya, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes serius kategori 3, 4 dan 5 kekal rendah iaitu 48 kes atau 0.5 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) 9,625 kes atau 99.5 peratus.

"Pertambahan kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan adalah 4,372,697 kes. Daripada jumlah keseluruhan ini, sebanyak 113,175 kes masih aktif.

"Sebanyak 110,385 kes menjalani kuarantin kendiri di rumah, 2,281 kes dirawat di hospital serta 357 kes dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC)," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata sebanyak 14,267 kes kes sembuh dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 4,224,125 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan lapan kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif adalah 116.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori yang dicatatkan semalam:

• Kategori 1: 5,394 kes (55.76 peratus)

• Kategori 2: 4,231 kes (43.74 peratus)

• Kategori 3: 21 kes (0.22 peratus)

• Kategori 4: 17 kes (0.18 peratus)

• Kategori 5: 10 kes (0.10 peratus)

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.