ad
ADN

Masjid, surau DUN Bukit Melawati dapat RM40,000 semarak Ramadan

15 Apr 2022, 6:57 AM
Masjid, surau DUN Bukit Melawati dapat RM40,000 semarak Ramadan

SHAH ALAM, 15 APRIL: Lebih 23 masjid dan surau sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menerima sumbangan RM40,000 bagi melaksanakan aktiviti sepanjang Ramadan.

Ahli Dewan Negerinya (ADN) Juwairiya Zulkifli berkata bantuan yang diagih 11 April lalu turut meliputi sembilan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Diharapkan sumbangan ini dapat dimanfaatkan untuk mengimarahkan lagi semangat Ramadan tahun ini," katanya yang turut mengagihkan set kurma, al-Quran dan makanan.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM2 juta sempena Ihya' Ramadan tahun ini untuk diagihkan ke masjid, surau dan pihak lain.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri menerusi jabatan agama turut menyumbang tunai untuk penyediaan moreh dan program menyantuni masyarakat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.