ad
AGENDA

MB rai belia berbuka puasa, hulur sumbangan untuk aktiviti NGO

14 Apr 2022, 12:50 PM
MB rai belia berbuka puasa, hulur sumbangan untuk aktiviti NGO
MB rai belia berbuka puasa, hulur sumbangan untuk aktiviti NGO

SHAH ALAM, 14 APRIL:  Seramai 300 belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dirai dalam Majlis Berbuka Puasa Dato' Menteri Besar bersama Generasi Muda Selangor, hari ini.

Majlis berbuka puasa diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini, yang turut dihadiri  EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi.

Pada majis itu, Dato' Seri Amirudin Shari turut menyampaikan sumbangan kepada 14 NGO dan sembilan majlis belia daerah berjumlah RM5,000 dan RM3,000 untuk menjalankan aktiviti.

Selesai berbuka puasa, Amirudin dan hadirin kemudian menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

[caption id="attachment_516940" align="aligncenter" width="500"] Majlis Berbuka Puasa Dato' Menteri Besar bersama Generasi Muda Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam pada 14 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.