ad
AGENDA

Dos penggalak ditawarkan buat remaja berisiko tinggi

14 Apr 2022, 9:36 AM
Dos penggalak ditawarkan buat remaja berisiko tinggi
Dos penggalak ditawarkan buat remaja berisiko tinggi

SHAH ALAM, 14 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menawarkan dos penggalak Covid-19 kepada remaja berisiko tinggi berumur 12 hingga 17 tahun.

Dalam kenyataan di Twitter rasminya hari ini, kementerian itu bagaimanapun memaklumkan suntikan jenis Pfizer hanya pilihan dan tidak diwajibkan.

"Dos penggalak Covid-19 akan ditawarkan kepada remaja berisiko tinggi berumur 12 hingga 17 tahun. Dos penggalak ini adalah pilihan dan tidak wajib," katanya.

Menurut infografik KKM di laman sama, golongan berisiko tinggi termasuk pesakit kanser dan pesakit pemindahan organ yang akan menjalani terapi.

Juga dalam kategori sama ialah pesakit hemodialisis atau dialisis peritoneal jangka panjang dan penyakit lain yang dikategorikan sebagai imunokompromi (imunisasi lemah) sederhana atau teruk.

Perincian lengkap seperti di bawah:

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.