ad
AGENDA

Empat rakan didakwa tetak lelaki hingga mati di Seri Kembangan

14 Apr 2022, 6:46 AM
Empat rakan didakwa tetak lelaki hingga mati di Seri Kembangan

PETALING JAYA, 14 APRIL: Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang ditemukan mati dengan kesan tetakan di muka, leher dan tangan.

M. Mukuntan, 33, S. Mahadevan, 40, A. Chandramani, 35, dan S. Tharma, 30, mengangguk faham, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Mereka didakwa bersama-sama membunuh M. Danesh, 30, di Jalan BS 6/8, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor pada 5.27 pagi, 3 April lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh, kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.