ad
AGENDA

MB rai kakitangan, pelajar STDC dan IKTISASS berbuka puasa

13 Apr 2022, 1:00 PM
MB rai kakitangan, pelajar STDC dan IKTISASS berbuka puasa
MB rai kakitangan, pelajar STDC dan IKTISASS berbuka puasa

KUALA SELANGOR, 13 APRIL: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa berbuka puasa bersama 330 kakitangan dan pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini, hari ini.

Ketibaan Dato’ Seri Amirudin Shari di Majlis Jalinan Ukhuwah Ramadan disambut Ketua Pegawai Eksekutif STDC Mohd Asyraf Amin.

Pada majlis tersebut, Amirudin menyerahkan surat tajaan pembelajaran kepada 37 pelajar Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) Tahfiz.

Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 48 pelajar golongan asnaf tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Dato' Menteri Besar kemudian menunaikan solat Mahgrib berjemaah di Surau As Salam, STDC

[caption id="attachment_516730" align="aligncenter" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menghadiri Majlis Jalinan Ukhwah Ramadan di Hangar Sektor Teknologi Automotif Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), Kuala Selangor pada 13 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.