ad
AGENDA

MPK tawar bayaran kompaun serendah RM15 hingga 30 April

12 Apr 2022, 12:01 AM
MPK tawar bayaran kompaun serendah RM15 hingga 30 April

SHAH ALAM, 12 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melaksanakan kempen pengurangan kompaun letak kereta dengan kadar serendah RM15 melibatkan pelbagai kesalahan trafik.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Norfiza Mahfiz berkata kempen yang bermula semalam hingga 30 April itu memberi peluang kepada orang awam untuk menjelaskan tunggakan saman.

"Bagaimanapun, kempen ini tidak termasuk kesalahan meletak kereta di petak khas, orang kelainan upaya atau kesalahan membabitkan halangan di petak letak kereta.

"Orang ramai digesa merebut peluang keemasan ini sebelum tawaran tamat hujung bulan ini," katanya menerusi kenyataan semalam.

MPK turut menawarkan pembayaran secara dalam talian menerusi JomPay (Biller Code: 84277), aplikasi Smart Parking MPKlang, mesin i-Kiosk (di lobi ibu pejabat MPK) dan ipay.mpklang.gov.my.

Selain itu, pembayaran secara terus juga boleh dibuat setiap Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang di lobi Ibu Pejabat MPK, MPK Tengku Kelana, MPK Jalan Raya Barat dan MPK Kompleks Pasar Besar Jalan Meru.

Kaunter pembayaran turut dibuka di Pasaraya Giant Bukit Tinggi Klang setiap Isnin hingga Jumaat mulai jam 10.30 pagi hingga 4 petang.

Semakan kompaun boleh dibuat melalui laman sesawang MPK iaitu ipay.mpklang.gov.my/home/kompaun dan aplikasi Smart Parking MPKlang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.