ad
ADN

DUN Bukit Gasing perkenal khidmat van-panggilan, tambang hanya RM1

11 Apr 2022, 7:50 AM
DUN Bukit Gasing perkenal khidmat van-panggilan, tambang hanya RM1

SHAH ALAM, 11 APRIL: DUN Bukit Gasing melancarkan perkhidmatan van-panggilan (van-hailing) untuk penduduk sekitar Petaling Jaya dengan tambang serendah RM1.

Wakil rakyatnya berkata mereka yang ingin mendapatkan khidmat tersebut perlu memuat turun aplikasi Kumpool yang mana 10,000 penumpang awal akan menaikinya secara percuma.

"Mulakan perjalanan ke Old Town, Digital Mall dan lain-lain kawasan tanpa perlu risau mencari tempat parkir kereta.

"Terdapat perhentian berhampiran kediaman anda yang mana anda dapat menaikinya ke destinasi pilihan," tulis R Rajiv di Facebook.

Beliau menambah kawasan liputan van berkenaan termasuk Seksyen 1 sehingga Seksyen 19 Petaling Jaya.

"Kami juga ada beberapa perhentian di SS2 bagi mereka yang sering ke sana," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.