ad
AGENDA

Fahmi Fadzil bertanding jawatan naib presiden KEADILAN

11 Apr 2022, 6:35 AM
Fahmi Fadzil bertanding jawatan naib presiden KEADILAN

SHAH ALAM, 11 APRIL: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Fahmi Fadzil bertanding merebut jawatan naib presiden pada pemilihan parti tahun ini.

"Bismillahir rahmanir rahim. Saya menawarkan diri untuk jawatan naib presiden KEADILAN," tulisnya menerusi Twitter hari ini.

Proses pencalonan  bagi menentukan kepimpinan 222 cabang parti bermula Jumaat hingga semalam manakala jawatan peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada hari ini.

Setakat jam 4 petang, seramai 15 pemimpin antaranya Dato; Seri Amirudin Shari, Nik Nazmi Nik Ahmad, Aminuddin Harun, Fuziah Salleh dan Azan Ismail menawar diri bagi mengisi empat kekosongan kerusi naib presiden.

Pendaftaran masih dibuka hingga jam 6 petang ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.