ad
AGENDA

Anwar pertahan jawatan presiden KEADILAN

11 Apr 2022, 4:57 AM
Anwar pertahan jawatan presiden KEADILAN

SHAH ALAM, 11 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi penggal 2022/2024.

Ketua pembangkang menerusi Twitter berkata beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding jawatan itu menerusi aplikasi ADIL sebentar tadi.

"Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengah hari," tulisnya.

Proses pencalonan dalam pemilihan KEADILAN 2022 untuk menentukan kepimpinan di 222 cabang parti bermula Jumaat hingga semalam manakala bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijadual hari ini.

Pencalonan bagi peringkat cabang dan MPP yang mempertaruhkan jawatan tertinggi parti, akan dilaksanakan sepenuhnya dalam talian melalui aplikasi ADIL.

Anwar merupakan presiden KEADILAN kedua selepas mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 18 November 2018.

Beliau yang juga ahli parlimen Port Dickson menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan untuk tempoh 2018-2021 dalam pemilihan parti pada tahun itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.