ad
SELANGOR

Tiga individu sesat daki bukit ditemui selamat - bomba

8 Apr 2022, 2:03 PM
Tiga individu sesat daki bukit ditemui selamat - bomba

SHAH ALAM, 8 APRIL: Sekumpulan individu sesat ketika mendaki bukit di kawasan Air Terjun Batu Asa, Hulu Langat ditemui selamat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata semua mangsa dibawa turun ke kawasan kaki bukit pada jam 4.38 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.29 petang.

"Mereka akhirnya berjaya ditemui selepas hampir sejam pasukan bomba melakukan pencarian," kata Norazam dalam kenyataan.

Tambah beliau, mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an berada dalam keadaan baik dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.