ad
ADN

Wakil rakyat Meru agih 650 baucar beli-belah sempena Aidilfitri

7 Apr 2022, 10:03 AM
Wakil rakyat Meru agih 650 baucar beli-belah sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 7 APRIL: Sebanyak 650 baucar Jom Shopping akan diagih kepada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru dalam masa terdekat sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Ahli Dewan Negerinya  Mohd Fakhrulrazi Mokhtar berkata agihan baucar bernilai RM100 setiap satu menyasarkan keluarga kurang berkemampuan (B40) yang belum menerima sebarang bantuan daripada Kerajaan Negeri.

"Proses semakan sedang dibuat bagi memastikan individu yang benar-benar layak mendapat bantuan tersebut dengan merujuk data Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Insya-Allah, baucar ini akan segera diberikan sebaik sahaja selesai proses tapisan. Mereka yang terpilih akan dihubungi dan boleh membeli barang keperluan di Pasaraya Econsave," katanya kepada Selangorkini.

Beliau turut memaklumkan akan menyediakan peruntukan tambahan supaya lebih ramai penduduk susah memperoleh bantuan menjelang Syawal.

"Saya juga mengesyorkan individu atau pihak swasta yang ingin menyumbang agar berbuat demikian ketika Ramadan kerana pahalanya lebih baik berbanding Syawal," katanya.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan B40 sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Penyerahan bantuan disalurkan kepada komponen utama kaum di Selangor mengikut perayaan masing-masing.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.