AGENDA

MB: Jelajah seluruh Selangor perkenal program kesihatan untuk rakyat

7 Apr 2022, 12:30 AM
MB: Jelajah seluruh Selangor perkenal program kesihatan untuk rakyat

SHAH ALAM, 7 APRIL: Kerajaan Negeri akan menjelajah ke seluruh Selangor bagi memperkenalkan beberapa program kesihatan untuk rakyat selepas Aidilfitri.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan program itu meliputi saringan kanser usus, payu dara, katarak mata dan jantung.

"Dalam MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) hari ini, kita telah menetapkan beberapa program penjagaan kesihatan khusus yang akan diketengahkan kepada rakyat.

"Saya percaya tiada negeri atau kerajaan di Asia Tenggara yang mempunyai program kesihatan selengkap itu," katanya berucap pada majlis iftar Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di kediaman rasminya di sini semalam.

Turut hadir Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden Tian Chua termasuk beberapa pimpinan lain.

Pada 13 Februari lalu, EXCO kesihatan berkata Kerajaan Negeri akan menjelajah ke 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Mac bagi menjalankan program Saringan Kesihatan Percuma (Saring Selangor).

Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan program pemeriksaan kesihatan percuma itu memfokuskan saringan penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan penduduk.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntukkan dana berjumlah RM6.1 juta dana bagi tiga skim rawatan iaitu jantung, tibi dan Slim Selangor.

Sebanyak RM1 juta turut diperuntuk untuk rakyat negeri ini menjalani mammogram, serviks, kolorektal dan prostat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.