ad
AGENDA

Suspek kes cabul di Tamarind Square, Cyberjaya berjaya diberkas

6 Apr 2022, 7:29 AM
Suspek kes cabul di Tamarind Square, Cyberjaya berjaya diberkas

SHAH ALAM, 6 APRIL: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam dua kes cabul di sebuah pusat perniagaan di Cyberjaya berjaya diberkas polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang berkata tangkapan dibuat selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada pengurusan Tamarind Square.

"Hasil siasatan mendapati suspek adalah orang sama terlibat dalam kejadian pertama dan laporan tangkapan suspek sedang dibuat.

"Kita juga akan membuat kawad cam dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," kata Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan kejadian kes cabul pertama berlaku pada jam 2 petang manakala kes kedua 15 minit kemudian.

Dalam kes pertama, mangsa dicabul selepas suspek cuba membantu mangsa memasukkan barang ke dalam kereta dan meramas punggung mangsa sebelum melarikan diri.

Insiden kedua pula suspek menunggu di lif sebelum memeluk mangsa dari belakang dan mencabulnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.