ad
AGENDA

Patuhi arahan mahkamah potong gaji pekerja culas bayar nafkah

6 Apr 2022, 1:48 AM
Patuhi arahan mahkamah potong gaji pekerja culas bayar nafkah

KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Ketua jabatan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap sebarang perintah terutamanya arahan pemotongan gaji yang diputuskan Mahkamah Syariah ke atas penjawat awam di bawah seliaan mereka, khususnya dari aspek pembayaran nafkah.

Menerusi surat edaran ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah hari ini, langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan dalam memelihara kebajikan wanita dan anak-anak yang terkesan dengan masalah penceraian.

“Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan perasmian sempena Majlis Sambutan Hari Wanita, mengumumkan bahawa dalam membantu golongan wanita yang terkesan disebabkan isu penceraian, kerajaan telah meminda Akta Pembiayaan Kewangan yang membolehkan pihak bank membekukan akaun bank suami atas arahan mahkamah.

Selaras pindaan itu, pihak bank juga dibenarkan membuat bayaran daripada akaun suami yang telah dibekukan tersebut kepada isteri sekiranya isteri ada membuat tuntutan melibatkan wang ringgit di mahkamah melalui kaedah dikenali sebagai Hiwalah.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.