ad
ADN

ADN Tanjung Sepat serah mesin penyedut kahak, bakul makanan kepada penduduk 

5 Apr 2022, 3:44 AM
ADN Tanjung Sepat serah mesin penyedut kahak, bakul makanan kepada penduduk 

SHAH ALAM, 5 APRIL: Seorang penduduk yang terlantar di kediamannya akibat angin ahmar menerima bantuan mesin penyedut kahak daripada Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat.

Sumbangan itu diserahkan oleh Borhan Aman Shah kepada Zaidi Mohd Yusof dalam kunjungannya ke kediaman yang terletak di Taman Mutiara, Tanjung Sepat pada jam 3 petang semalam.

"Semoga beliau (Zaidi) dan keluarga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan," kata Borhan menerusi Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat.

Borhan yang juga EXCO Kerajaan Negeri turut menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada salah seorang penduduk di Kampung Kundang yang menjalani kuarantin kendiri selepas dijangkiti Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.