ad
AGENDA

Gelombang haba: MetMalaysia nasihat orang ramai minum air secukupnya, had aktiviti luar

1 Apr 2022, 8:09 AM
Gelombang haba: MetMalaysia nasihat orang ramai minum air secukupnya, had aktiviti luar
Gelombang haba: MetMalaysia nasihat orang ramai minum air secukupnya, had aktiviti luar

SHAH ALAM, 1 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan orang ramai supaya meminum air secukupnya berikutan fenomena gelombang haba yang diramalkan berlaku sepanjang Mac hingga April ini.

Menurut MetMalaysia di Facebook, gelombang haba berlaku apabila suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

"Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut dan kebiasaannya berlaku pada Mac hingga April.

"Kebiasaannya ia berlaku pada fasa akhir Monsun Timur Laut sehingga pertengahan fasa peralihan Monsun Timur Laut," katanya.

MetMalaysia berkata, gelombang haba ini boleh mengakibatkan jerebu, kemarau dan menjejaskan kesihatan seperti strok haba.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan meminum air secukupnya, mengehadkan aktiviti luar dan memakai pakaian yang mudah menyerap peluh.

Selain itu, beliau berkata, orang ramai juga diminta mengelak melakukan pembakaran terbuka dan menyimpan bekalan air secukupnya.

[caption id="attachment_515046" align="aligncenter" width="635"] Maklumat gelombang haba yang dikongsi Jabatan Meteorologi Malaysia. Foto Facebook MetMalaysia[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.