ad
AGENSI

Hijrah lahir 92 usahawan di Gombak, ramai belia sertai program

31 Mac 2022, 9:01 AM
Hijrah lahir 92 usahawan di Gombak, ramai belia sertai program
Hijrah lahir 92 usahawan di Gombak, ramai belia sertai program

GOMBAK, 31 MAC: Seramai 92 usahawan dilahirkan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) cawangan Gombak menerusi skim Zero To Hero sejak diperkenal pada 2016.

Pengurusnya, Fatin Syafiqa Abdul Manap berkata daripada jumlah itu golongan belia yang menganggur dan hilang pekerjaan paling ramai memohon skim berkenaan.

“Daripada jumlah itu ada 52 usahawan yang masih aktif di bawah pemantauan Hijrah, sebahagian besar mereka ini diberhentikan kerja dan belia lepasan universiti yang tidak mendapat pekerjaan.

“Selain itu seramai 10 individu telah dibantu akibat hilang pendapatan kesan pandemik Covid-19 baru-baru ini,” katanya kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_514902" align="alignright" width="380"] Pengurus Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) Gombak, Fatin Syafiqa Abdul Manap. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian selepas melawat usahawan Hijrah, Muhammad Rahmad Misnan di Taman Sri Gombak di sini, hari ini.

Program Zero To Hero melaksanakan konsep melatih dan memantau peserta yang dikendalikan syarikat peneraju terpilih.

Selepas tamat tempoh, peserta layak diberi peluang membuat permohonan pinjaman Hijrah sementara syarikat peneraju membekalkan peralatan dan bahan perniagaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.