ad
AGENDA

Usahasama CSSB, bomba tingkat keyakinan pelabur di Pulau Indah

30 Mac 2022, 3:25 AM
Usahasama CSSB, bomba tingkat keyakinan pelabur di Pulau Indah
Usahasama CSSB, bomba tingkat keyakinan pelabur di Pulau Indah

SHAH ALAM, 30 MAC: Pembukaan fire post di Laguna Square, Laguna Park, Pulau Indah dijangka menambah keyakinan pelabur untuk meningkatkan pelaburan di kawasan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) Mohamad Razif Abdul Wahab berkata fire post itu bertujuan memberi khidmat profesional pencegahan dan pemadaman kebakaran termasuk menyelamatkan nyawa serta harta benda kepada orang ramai secara cekap serta berkesan.

Katanya, kemudahan berkenaan adalah yang pertama diwujudkan di negeri ini dan ia selaras dengan pelan induk pembangunan CSSB untuk menyediakan kawasan bagi perkhidmatan institusi kerajaan di Pulau Indah seperti balai polis, pejabat majlis perbandaran, Kementerian Kesihatan dan perpustakaan.

"Kami (CSSB) amat berbesar hati kerana pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Selangor setuju untuk beroperasi di sini," katanya di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, semalam.

[caption id="attachment_514744" align="aligncenter" width="587"] Majlis penyerahan bangunan fire post oleh Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn Bhd, Mohamad Razif Abdul Wahab kepada Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato' Sri Mohammad Hamdan Wahid. Foto CSSB[/caption]

Majlis perasmian pengoperasian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato' Sri Mohammad Hamdan Wahid.

Mohamad Razif berkata, inisiatif ini adalah mencerminkan jalinan kerjasama erat antara CSSB dan JPBM dalam melaksanakan khidmat kemanusiaan kepada semua pelabur sedia ada dan akan datang.

CSSB adalah syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan milik Kerajaan Negeri Selangor yang diberi amndat untuk membangunkan dan mempromosikan Pulau Indah.

Ditubuhkan pada 1994, CSSB berjaya memperkenalkan tiga taman perindustrian utama dan terkenal iaitu Taman Perindustrian Pulau Indah (PIIP), Selangor Halal Hub (SHH) dan Taman Perindustrian Selangor Bio Bay (PISBB).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.