ad
AGENDA

Tahlil, doa selamat sempena Ramadan di kediaman rasmi MB

24 Mac 2022, 2:03 PM
Tahlil, doa selamat sempena Ramadan di kediaman rasmi MB

SHAH ALAM, 24 MAC: Kira-kira 200 hadirin menyertai Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Ramadan di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar di sini hari ini.

Majlis yang disertai Dato' Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad dimulakan jam 6.45 petang dengan bacaan tahlil oleh Imam Masjid Negeri Ustaz Abu Dzar Adanan.

Hadirin kemudian menunaikan solat maghrib berjemaah dan mendengar tazkirah Ramadan oleh Pendakwah dan Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Mujtaba Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

Majlis turut dihadiri beberapa wakil rakyat antaranya Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri, ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar dan ADN Kota Damansara Shatiri Mansor.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Haris Kasim, Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan ketua jabatan serta agensi negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.