ad
AGENDA

Dua juta penerima Sinovac tiada dos penggalak dijangka hilang status lengkap vaksinasi

24 Mac 2022, 10:08 AM
Dua juta penerima Sinovac tiada dos penggalak dijangka hilang status lengkap vaksinasi

SHAH ALAM, 24 MAC: Dua juta penerima vaksin Sinovac yang tidak mengambil dos penggalak dijangka hilang status lengkap vaksinasi pada 1 April ini.

Perkara itu dimaklum Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media di Parlimen, hari ini.

"Bagi golongan yang menerima Sinovac kita dapati 2.09 juta tidak menerima dos penggalak.

"Mengikut unjuran kita untuk seminggu lagi mungkin ada dua juta penerima vaksin Sinovac berisiko hilang status vaksinasi lengkap pada 1 April," katanya.

Februari lalu, penerima Sinovac dan warga emas berusia 60 tahun ke atas diminta mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac dan mereka akan hilang status lengkap vaksinasi jika gagal berbuat demikian.

Kementerian Kesihatan Malaysia kemudian melanjutkan tempoh sehingga 31 Mac 2022 bagi penerima vaksin Sinovac dan warga emas berumur 60 tahun untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.