ad
AGENDA

21,483 kes harian Covid-19, 73 lagi kematian direkodkan semalam

23 Mac 2022, 3:14 AM
21,483 kes harian Covid-19, 73 lagi kematian direkodkan semalam

SHAH ALAM, 23 MAC: Angka jangkitan harian Covid-19 kembali melepasi paras 20,000 apabila 21,483 kes direkodkan semalam.

Ia adalah peningkatan sebanyak 3,655 kes berbanding hari sebelumnya iaitu 17,828 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes serius tetap rendah iaitu 166 kes atau 0.77 peratus bagi kategori 3, 4 dan 5, manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 21,317 kes atau 99.23 peratus.

"Sebanyak 51 kes kategori 3, 4 dan 5 yang dicatatkan semalam adalah membabitkan individu yang tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi dan 64 kes membabitkan individu yang sudah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak.

"91 kes membabitkan individu berumur 60 tahun dan ke atas, 96 kes mempunyai komorbid dan dua kes membabitkan ibu mengandung," katanya dalam kenyataan.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 10,455 kes (48.67 peratus)

Kategori 2: 10,862 kes (50.56 peratus)

Kategori 3: 57 kes (0.27 peratus)

Kategori 4: 46 kes (0.21 peratus)

Kategori 5: 63 kes (0.29 peratus)

Sebanyak 73 kes kematian dicatatkan semalam, termasuk 25 kematian di luar hospital manakala 32,561 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh kepada 3,7,45,229 kes.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.